Perkawinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul
dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad)
yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan
oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj
digunakan di dalam al-Quran
bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkawinan
Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan,
menghalalkan perkawinan dan mengharamkan
zina.
Sejarah perkawinan
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkawinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkawinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang
dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkawinan
yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara
waktu. Selain al-Quran dan hadith,
Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut
menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam
Perjanjian Lama atau Taurat,
telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata
tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong
sepertinya”.
Berkenaan dengan perkawinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat
diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa
yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang
sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak
diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak
perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan
dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan
anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkawinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkawinan
berlainan keturunan..
Jenis-jenis perkawinan
- Poligami adalah perkawinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkawinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.
- Poliandri merupakah perkawinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkawinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. [3]
- Monogami merupakan cara perkawinan tunggal iaitu perkawinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkawinan jenis ini kerana perkawinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah suci di dalam Tuhan Kristus untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).
Hukum hukum perkawinan dalam Islam
- Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkawinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
- Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
- Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkawinan
- Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
- Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
==Hikmah perkawinan == *Cara yang halal untuk
menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran
sebagainya dapat dielakkan. *Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang
dan ketenteraman *Memelihara kesucian diri *Melaksanakan tuntutan syariat
*Menjaga keturunan *Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam
menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang
dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam
kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam
dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
*Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab *Dapat mengeratkan silaturahim
Dalil pensyariatan
- Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3
- Surah An-Nuur: ayat 32
- Surah An-Nahl: ayat 72
- Surah Yaasin: ayat 36
- Surah Ar-Rum: ayat 21
- Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49
- Surah Luqman: ayat 10
- Surah Qaf: ayat 7
- Surah Asy-Syu’araa: ayat 7
Pemilihan calon
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami
dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan
tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.
Ciri-ciri bakal suami
- beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
- bertanggungjawab terhadap semua benda
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
- tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
- rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-ciri bakal isteri
- beriman & solehah
- rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- menentukan mas kahwin yang rendah
- wanita yang subur
- berasal dari keturunan yang baik
- bukan keturunan terdekat
- tidak memandang harta semata-mata
Sebab haram nikah
- Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara lelaki bagi adik-beradik perempuan.”:
- Ibu
- Nenek sebelah ibu mahupun bapa
- Anak perempuan & keturunannya
- Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
- Anak perempuan kepada adik-beradik kandung
lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara
perempuan
·
- Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
- Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)
- Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
- Ibu susuan
- Nenek dari sebelah ibu susuan
- Adik-beradik perempuan susuan
- Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
- Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan
- Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
- Ibu mentua dan ke atas
- Ibu tiri
- Nenek tiri
- Menantu perempuan
- Anak tiri perempuan dan keturunannya
- Adik ipar perempuan dan keturunannya
- Emak saudara kepada isteri
- Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya
Peminangan
Pertunangan atau bertunang
merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkawinan
mengikut tarikh yang dipersetujui oleh
kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu
yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkawinan . Hukum
peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri,
tidak dalam idah,
dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan
merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan
oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh
wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa
peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana
tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat
bagi seorang wanita
ialah muka
dan kedua-dua tangan
sahaja.
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk
merisik (melihat tunang) dan meminang:
"Daripada Abu
Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah kepada
seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah
kamu telah melihatnya? jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah).
Pergilah melihatnya supaya perkawinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis
Riwayat Tarmizi dan Nasai)
Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah telah
bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia
(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim (Asy-Syaikhan))
Nikah
Akad nikah
lazim diadakan di masjid
Rukun nikah
- Pengantin lelaki
- Pengantin perempuan
- Wali
- Dua orang saksi lelaki
- Ijab dan kabul (akad nikah)
Syarat bakal suami
- Islam
- Baligh
- Berakal
- Lelaki yang tertentu
- Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
- Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
- Bukan dalam ihram haji atau umrah
- Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
- Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
- Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
Syarat bakal isteri
Pengantin
perempuan dalam pakaian tradisional Bahrain
- Islam
- Perempuan yang tertentu
- Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
- Bukan seorang khunsa
- Bukan dalam ihram haji atau umrah
- Tidak dalam idah
- Bukan isteri orang
Syarat wali
- Islam, bukan kafir dan murtad
- Lelaki dan bukannya perempuan
- Baligh
- Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
- Bukan dalam ihram haji atau umrah
- Tidak fasik
- Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
- Merdeka
- Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat
WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak
sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah
menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita
akan hidup di lembah zina selamanya.
Jenis-jenis wali
- Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkawinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
- Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
- Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
- Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu
Syarat saksi
- Sekurang-kurangya dua orang
- Islam
- Berakal
- Baligh
- Lelaki
- Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
- Dapat mendengar, melihat dan bercakap
- Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
- Merdeka
Syarat ijab
- Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
- Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
- Diucapkan oleh wali atau wakilnya
- Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkawinan (ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
- Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada
bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel
dengan mas kahwinnya/bayaran perkawinan nya sebanyak RM 3000 tunai".
Syarat qabul
- Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
- Tiada perkataan sindiran
- Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
- Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
- Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
- Menyebut nama bakal isteri
- Tidak diselangi dengan perkataan lain
Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal
suami):"Aku terima nikah/perkawinan ku dengan Diana Binti Daniel dengan
mas kahwinnya/bayaran perkawinan nya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU
"Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".
Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan
mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari 2 (dua)
orang saksi perkawinan dengan menanyakan
adakah JELAS? Sekiranya para saksi mengakui / mengiktiraf bahawa mereka
mendengar dengan jelas, maka Wali itu sendiri akan mengatakan lafaz "SAH"
atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.
Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat
agar perkawinan suami isteri itu
berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan
diAmeenkan oleh para hadirin
Sejurus itu, mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan
diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan
kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan
atau simbol pertalian kebahagiaan suami isteri. Aktiviti ini diteruskan dengan
isteri mengucup/mencium tangan suami, manakala suami mencium dahi isteri atau pipinya.
Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk". Ini kerana sebelum
akad nikah dijalankan, suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk
terlebih dahulu.
Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah
sebagai tanda kesyukuran selepas perkawinan berlangsung. Perkawinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu
mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkawinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis
keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir. Jadi
mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan perkawinan dan mengapakah perlu melakukan zina?
Wakil Wali/ Qadi
Seorang ustaz
bertindak sebagai jurunikah
Wakil wali/Qadi adalah orang yang
dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk
menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan
bakal suami. Segala urusan perkawinan ,penyedian aset perkahwian seperti mas
kahwin,barangan hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan
kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu.
Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkawinan
berjalan lancar. Disamping
tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna,Qadi
perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkawinan seperti sijil perkawinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi
seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara. Ini bagi memastikan
status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara. Qadi selalunya
dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang mempunyai pengetahuan dalam agama
Islam dengan luas) seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya.
Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil
baligh.
Mahar
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki
kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas
kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar
yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil,
tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.
Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah
tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau
membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah
sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara
tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya
setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah
seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli
waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar
separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi
belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika
isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang,
suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib
memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.
Jenis mahar
- Mahar misil : mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya
- Mahar muthamma : mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak
Walimatulurus
Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat(seperti majlis
santapan makanan)diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama
mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkawinan
tersebut, mengelakkan sangkaan buruk
orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat
menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga
mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas
akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan
saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi
pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi
MuhammadSAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat
dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.Dalam
menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam
bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya
perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa
gharar(was-was)dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan
dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islam melarang aktiviti
persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu
khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha
seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan
pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan
pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan
rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat
aktiviti persandingan tersebut.
Konsep yang diharamkan dalam Islam
Konsep rahbaniyah
Perkataan rahbaniyah bermasud kerahiban atau
kependetaan, atau kehidupan paderi Di dalam Islam, membujang tidak dianggap
sebagi satu etika atau cara bagi mendekatkan diri dengan Tuhan seperti yang
dilakukan oleh agama Kristian (Katholik), Buddha,
Jain dan sebagainya. Sebagai contoh, agama Buddha ada menyebut tiga aspek yang
perlu dimiliki oleh seorang sami iaitu kefakiran, ketabahan dan
kelanjangan (membujang). Mengikut agama Buddha, jika seseorang mahu membebaskan
dirinya dari nafsu duniawi dan keperluan jasmaniah maka ia akan sampai kepada
hakikat diri yang sebenarnya dan dapatlah ia masuk ke dalam Nirwana
Dalam agama Kristian (Katholik) ada ajaran yang
menggalakkan penganutnya mengamalkan hidup membujang. Sejak abad ke-5 lagi,
orang begitu kagum dengan golongan paderi
yang hidup membujang dan sekiranya golongan paderi mahu dihormati dan
mengekalkan kuasa mereka, amatlah berfaedah sekiranya mereka memisahkan diri
mereka dari orang biasa dengan cara menjauhkan diri dari perkawinan . Mereka
juga berpendapat bahawa paderi yang berkahwin lebih rendah tarafnya dari paderi
yang terus membujang kerana perkawinan bererti tunduk kepada nafsu. Saint Paul
berkata, “Sekiranya mereka tidak boleh tahan, biarlah mereka berkahwin akan
tetapi seseorang yang benar-benar suci mesti sanggup menahan diri dari
berkahwin.” Oleh yang demikian, taraf membujang di kalangan paderi dianggap
memelihara moral gereja
.
Selain itu, perkawinan juga ditolak oleh golongan bukan paderi
mahupun sami seperti golongan yang terlalu sibuk mengejar kekayaan material dan
memberi alasan kesibukan bekerja sebagai penghalang membina rumahtangga.
Konsep ibahiyah
Istilah ibahiyah diambil dari perkataan yang
bermaksud membolehkan. Selain itu, ibahiyah membawa maksud membolehkan
atau membebaskan tanpa batas seperti pergaulan seks
bebas, homoseksual,
lesbian
dan sebagainya. Gejala sebegini wujud kerana sikap mereka yang menolak konsep
institusi perkawinan .
Pergaulan bebas: Pendirian
Islam dalam pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah tidak diharamkan
sebaliknya ia diharuskan atau dituntut jika ia menjurus kepada matlamat yang
mulia seperti mencari ilmu
yang bermanfaat, amal ibadat, perkara kebajikan, jihad
dan perkara-perkara lain yang memerlukan pengembelingan tenaga antara
kedua-duanya. Namun setelah meluaskan arus pemikiran Barat dan seruan kebebasan
wanita, pergaulan bebas telah digariskan oleh al-Qardhawi sebagai
- keruntuhan akhlak
- wujudnya anak-anak yang tidak sah tarafnya (anak luar nikah)
- Merebaknya pelbagai penyakit berbahaya
- Banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang terus membujang
- Berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh .-sumber (wikipedia)
No comments:
Post a Comment